Juruterbang helikopter hilang ditemui selamat

Juruterbang helikopter hilang ditemui selamat

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang itu ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan.

Semalam, helikopter jenis Eurocopter EC120B itu terputus hubungan kira-kira 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.
PETALING JAYA:
Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dekat Bidor semalam ditemui selamat kira-kira 8.20 pagi tadi, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Katanya, pasukan penyelamat sedang berusaha membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan.

“Saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terlibat dalam operasi Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini,” katanya di Facebook.

Semalam, helikopter jenis Eurocopter EC120B itu terputus hubungan kira-kira 12.16 tengah hari, dengan lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pada 11.37 pagi.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengumumkan identiti juruterbang terbabit.

Terdahulu, Bernama melaporkan operasi SAR dihentikan sementara malam tadi berikutan faktor cuaca tidak mengizinkan dan disambung semula awal pagi tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.