
Jurucakap BNPB, Abdul Muhari, berkata hujan lebat menyebabkan tanah runtuh berlaku di tiga kampung, iaitu Cibeunying, Cibaduyut dan Tarakan.
“Pasukan penyelamat mengeluarkan 23 mangsa, dengan tiga daripadanya cedera ringan setakat 3 pagi Jumaat.
“Sebanyak 12 rumah rosak, manakala 16 lagi dalam keadaan berisiko,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, keadaan tanah masih tidak stabil menyukarkan operasi, namun Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Cilacap bersama pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan operasi menyelamat dengan bantuan jentera berat bagi mempercepatkan pemindahan.
Agensi itu turut mengingatkan penduduk dan anggota penyelamat berwaspada terhadap kemungkinan berlaku runtuhan susulan ekoran ramalan hujan di Majenang dari Jumaat hingga Ahad ini.