
Kesalahan dilakukan syarikat itu di Dataran Pahlawan Megamall, Jalan Merdeka, Banda Hilir.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar, berkata pihak panggung wayang itu didapati menaikkan harga jualan bagi air mineral 600mm dan keropok kentang 75g.
Katanya, air mineral itu dijual pada harga RM3.30 dengan keuntungan naik kepada 0.97%, manakala keropok kentang dijual pada harga RM5 dengan keuntungan naik 1.23%.
“Bagi kesalahan itu, jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM1 juta.
“Selepas meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan berserta hujah, mahkamah mendapati suatu kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan pihak pembelaan.
“Namun, setelah mendengar rayuan pengurangan hukuman, hakim Nariman Badruddin telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 di atas pertuduhan berkenaan,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, Keh Shu Min dan dibantu oleh pegawai pendakwa Sallim Wahid.
Manakala, tertuduh diwakili peguam Joshua Teoh Beni Chris dan Desmond Liew Zhi Hong.