
Berita Harian melaporkan Mohamad Aimullah Che Ambok, 31, mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam di depan Majistret Noor Mazrinie Mahmood, yang turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan, jika gagal membayar denda itu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, kerana sengaja menghalang pegawai JPJ menjalankan tugas di depan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Jalan Tepoh, kira-kira 1.30 tengah hari 22 Okt lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Pada 22 Okt lalu, seorang pemilik dilaporkan membakar lorinya selepas kenderaan itu dikenakan tindakan sita oleh JPJ.