
Justeru beliau akan menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri esok, susulan kenyataan Ismail bahawa beliau masih memegang portfolio perusahaan perladangan dan komoditi, meskipun meninggalkan parti komponen pemerintah dan berada di luar Perikatan Nasional mahupun Barisan Nasional.
“Ketika ini saya sedang ‘standby’ untuk bertemu dengan perdana menteri. Sebab masa tak dapat lagi. Dia (Ismail) beritahu saya minggu ini. Jadi boleh jadi minggu ini,” katanya pada sidang media di majlis di Hotel Le Meridien.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, minggu lalu mahu jawatan menteri diserahkan kepada pemimpin lain daripada partinya, selepas Zuraida keluar parti dan menyertai Parti Bangsa Malaysia.
Ismail bagaimanapun mengumumkan Zuraida tidak berundur sebagai menteri dan hanya keluar Bersatu, dan menambah kedudukan beliau dalam Jemaah Menteri perlu dibincangkan antara mereka berdua terlebih dahulu.
Sementara itu, Zuraida ketika ditanya pemberita tidak menolak akan mempertahankan kerusi Ampang pada pilihan raya kelak.
“Saya sudah ke parti lain. Jadi lebih mudah untuk membuat keputusan,” katanya.