
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan orang awam kira-kira 2.15 petang.
“Anggota polis mengambil masa 15 minit untuk memujuk wanita berusia 21 tahun itu sebelum membawa mangsa ke bawah dalam tempoh satu jam kemudian.
“Semakan mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu butik pakaian,” katanya dalam kenyataan dipetik Harian Metro.
Iqbal berkata, siasatan awal mendapati wanita itu mengalami masalah kemurungan dan mempunyai rekod rawatan psikiatri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang sejak 2020.
Kes terbabit diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan mangsa dibawa ke HTAR untuk rawatan lanjut, katanya.
Mereka yang berasa tertekan atau mempunyai masalah emosi boleh meminta bantuan doktor atau menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders di talian 03-7627 2929, pada bila-bila masa, atau melalui e-mel [email protected].