Guru ditahan berkait kes liwat pelajar

Guru ditahan berkait kes liwat pelajar

Suspek yang juga warden asrama di sebuah sekolah agama di Tanah Merah itu ditahan di sekolah berkenaan awal pagi tadi.

Polis berkata, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berhubung isu berapa kali mangsa diliwat dan lokasi kejadian berlaku.
PETALING JAYA:
Seorang guru di sebuah sekolah agama di Tanah Merah, Kelantan ditahan polis selepas dipercayai terlibat kes liwat membabitkan pelajar lelaki Tingkatan 2 sejak 2018.

Suspek yang juga warden asrama berusia 30-an itu ditahan di sekolah berkenaan awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerima laporan dibuat oleh mangsa semalam, menurut laporan Berita Harian.

Katanya, berdasarkan laporan mangsa, kes itu baru sahaja terbongkar selepas mangsa membuat laporan sebaik ibu bapanya dimaklumkan mengenai kejadian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berhubung isu berapa kali mangsa diliwat dan lokasi kejadian. Mangsa juga akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Zaki berkata, suspek tidak mempunyai rekod lampau dan akan direman untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.