
Ketua Setiausaha Negara, Zuki Ali berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memperkenankan pelantikan Idrus selama setahun lagi berkuat kuasa 6 Mac lalu.
Kontrak Idrus tamat pada 5 Mac lalu.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan berusia 67 tahun itu pada mulanya dilantik ke jawatan itu dengan kontrak dua tahun pada 6 Mac 2020, beberapa hari selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Idrus mengambil alih jawatan itu daripada Tommy Thomas yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi pilihan raya umum pada Mei 2018.
Pengesahan lanjutan kontrak Idrus itu susulan persoalan yang timbul berhubung jawatan berkenaan.
Presiden Badan Peguam Ag Kalidas, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo antara yang menyoal kelewatan pengumuman itu.