Mekanik maut ketika baiki lori 10 tan

Mekanik maut ketika baiki lori 10 tan

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

Mangsa tersepit pada bahagian enjin lori selepas dihempap ‘hydraulic dump’ kenderaan itu di Jalan Bundusan, Penampang.
PENAMPANG:
Seorang mekanik maut dihempap “hydraulic dump” sebuah lori 10 tan ketika membaiki kenderaan itu di Jalan Bundusan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu, lelaki berusia 58 tahun terbabit turut tersepit pada bahagian enjin lori sebelum dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.23 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa masih terperangkap di bahagian enjin lori 10 tan berkenaan dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung lori treler di Penampang pagi tadi.

“Sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler di Jalan Kampung Serusup, Penampang, hari ini.

Jurucakap PGO Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.22 pagi.

“Setibanya di lokasi, sebuah lori treler didapati bertembung dengan kereta Proton Saga dan seorang mangsa tersepit.

“Operasi kemudiannya dijalankan bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.”

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.