Tuduhan ‘rangkaian dedak’, ahli perniagaan tuntut permohonan maaf, ganti rugi daripada Syed Saddiq

Tuduhan ‘rangkaian dedak’, ahli perniagaan tuntut permohonan maaf, ganti rugi daripada Syed Saddiq

Habibul Rahman Kadir Shah berkata Ahli Parlimen Muar itu mengaitkannya dengan rancangan untuk menyogok ahli Bersatu.

Peguam mewakili Habibul Rahman Kadir Shah mendakwa kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘dirancang untuk merosakkan perwatakan peribadinya’.
PETALING JAYA:
Seorang ahli perniagaan menuntut permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas tuduhan mengaitkannya dengan satu “rangkaian dedak” menawarkan rasuah kepada ahli Bersatu.

Habibul Rahman Kadir Shah mendakwa, Syed Saddiq membuat kenyataan fitnah terhadapnya itu dalam sidang media pada 2 Okt 2017.

Menurut laporan, Syed Saddiq yang ketika itu ketua Pemuda Bersatu mendakwa terdapat rangkaian ugutan dan sogokan “yang begitu sistematik” untuk mempengaruhi pemimpin Bersatu keluar parti pada 2017.

Peguam mewakili ahli perniagaan itu berkata, kenyataan Syed Saddiq bahawa Habibul didakwa membuat rancangan untuk menghentikannya daripada pekerjaan sebelum ini sebagai seorang ahli penyelidik, “dirancang untuk merosakkan perwatakan peribadi (Habibul)”.

Dalam surat tuntutan peguam Jahaberdeen & Co, Habibul menuntut permohonan maaf dalam tempoh sembilan hari, ganti rugi dan janji untuk tidak mengulangi kata-kata fitnah yang dituduh itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.