
Sumber berkata, wang rasuah berkenaan sebagai balasan pemberian projek tender daripada jabatan tempat lelaki itu bekerja.
Katanya, suspek berusia 50-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2022 dan dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan ke akaun bank peribadi miliknya dan juga secara tunai,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan lelaki itu ditahan selama 24 jam untuk siasatan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Karunanithy berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.