
Mohamad Hamim @ Mohamed Kamaruddin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima wang itu daripada individu diketahuinya mempunyai urusan berkaitan dengan tugas rasmi.
Hamim merupakan pengarah eksekutif bagi pengurusan projek di DBKL.
Kesalahan itu didakwa berlaku di Jalan Changkat Tunku pada 10 Jan.
Jika didapati bersalah, Hamim berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.
Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin.
“Mahkamah tidak mewajibkan tertuduh untuk menyerahkan pasportnya buat masa ini.
“Namun, beliau perlu memaklumkan kepada mahkamah dan pihak pendakwaan secara bertulis sekiranya perlu ke luar negara atas urusan kerja atau peribadi,” katanya.
Azura turut memerintahkan Hamim melaporkan diri ke pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap bulan.
Pengurusan kes ditetapkan 12 Jan.
Pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yasri Yahya, hadir bagi pihak pendakwaan, manakala Hamim diwakili Zeffree Zainudin dan Azmi Ani.