
Beliau berkata, Malaysia hanya akan terus selamat dan kukuh jika tiga tonggak itu sentiasa terjamin, di samping berpegang teguh kepada amalan “bersatu teguh, bercerai roboh”.
“Marilah kita bersama pastikan bahawa setiap kita merupakan penyelesai masalah, bukan punca masalah.
“Marilah kita bersama-sama menjadi kekuatan kepada Malaysia, sebagai warganegaranya, serta memberikan taat setia kepadanya supaya, dapat kita bina semula negara yang terjejas oleh pelbagai masalah, termasuk pandemik Covid-19 dan isu-isu daripadanya,” katanya dalam catatan di Facebook sempena Hari Malaysia.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia, dengan gabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat pada 1963.