
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, ini termasuk mempercepat pemberian vaksin kepada mereka yang bekerja dalam sektor perkilangan di negeri itu.
Sektor perkilangan masih mencatatkan jumlah kluster tertinggi dan telah mula merebak ke sekolah-sekolah, berpunca daripada ibu bapa yang bekerja di kilang-kilang terbabit, kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga meminta agar penguatkuasaan yang lebih tegas dilaksanakan, bukan sahaja terhadap individu tetapi juga kilang-kilang yang ingkar pematuhan SOP, terutamanya premis yang mencatatkan kes berulang.
“Saya menggesa supaya pendekatan yang dinyatakan dapat dilaksanakan pada kadar segera oleh pihak-pihak berkaitan demi kesihatan rakyat negeri ini dan kepentingan pembangunan ekonomi Pulau Pinang yang juga antara penyumbang penting Keluaran Dalam Negara Kasar negara,” kata beliau.