
Pengarahnya, Muhammad Suffi Mohd Ramli, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada Maritime Rescue Sub Coordinator Centre (MRSC) Langkawi sekitar 9 malam.
Katanya, laporan awal daripada nakhoda kapal tangki MT Orkim Harmony memaklumkan semua mangsa dipercayai keluar ke laut untuk memancing pada 20 Disember sebelum bot yang dinaiki terbalik akibat cuaca buruk.
“Mangsa dipercayai terapung di laut selama kira-kira dua hari sebelum ditemui dan diselamatkan kapal berkenaan,” katanya, menurut kenyataan.
Beliau berkata kesemua mangsa berusia antara 31 hingga 41 tahun itu berasal dari Dumai, Indonesia.
“Sebuah bot peronda Maritim negeri telah diatur gerak ke kawasan labuh untuk membawa mereka ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang.
“Kesemua mangsa akan diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia bagi urusan dokumentasi lanjut,” katanya.