
Pantai yang bersih dengan air jernih menjadi tempat orang ramai mengumpul mencari kerang sambil berehat melihat keindahan ombak laut.
Tetapi itu dulu, kenangan indah buat mereka yang pernah merasainya. Kini, Gurney Drive menjadi tanah yang dibangunkan dengan 131 hektar batu konkrit untuk projek pembangunan.

Gurney Wharf, sebuah taman rekreasi awam dan taman air sedang dibina di situ dan dijangka siap pada 2023 dengan anggaran perbelanjaan RM176 juta ini, pastinya akan menghapuskan memori indah Gurney Drive.
“Dahulu, suasana di sini sangat tenang. Saya boleh menunggang motosikal sambil menikmati tiupan angin pantai dan kadang-kala saya turun ke persisiran pantai untuk mengutip kulit kerang,” ujar Sim Guek Liang, 73, seorang penduduk tempatan.
Sambil menunjukkan koleksi kulit kerangnya, Sim berkata, ia seperti semalam dia mengutip kulit-kulit kerang tersebut.

“Sementara saya mengutip kulit-kulit kerang ini, anak saya ah boy, akan melihat nelayan bersama jaring yang penuh dengan ikan dan ketam,” katanya lagi.
Menurut Sim, nelayan akan melepaskan tangkapan jika mereka mendapat belangkas kerana ianya tidak boleh dimakan pada waktu itu.
Namun kini, ia menjadi makanan laut yang sangat lazat dan boleh ditemui di mana-mana restoran makanan laut.

Selain keindahan pantai, pada era 70-an, Gurney Drive juga terkenal dengan pelbagai makanan yang dijual di gerai-gerai berhampiran pantai.
Dari siang hingga malam, ramai penjaja akan menjual pelbagai makanan enak di situ.
Sepanjang pantai Gurney Drive akan dipenuhi dengan penjaja makanan dan di tepinya disusun meja dan kerusi untuk pelanggan menikmati makanan mereka.
Mereka akan memasak dan menjual makanan kepada pelanggan dan pelanggan boleh menikmati deruan ombak serta hembusan angin pantai sambil menikmati makanan.

Bermula dari bulatan Gurney dan berakhir di laluan jalan kaki yang sekarang G Hotel berada, penuh dengan gerai-gerai menjual makanan.
Pelbagai makanan enak dijual, bermula dari pasembur hingga ke rojak yang harganya hanya 50 sen.
Seorang lagi penduduk di situ, Saw Wee Lan, berkata, waktu itu dia berusia sembilan tahun dan bapanya adalah salah seorang penjaja yang menjual ‘salad sotong’ atau dikenali sebagai “Jiu Hu Eng Chai”.

Saw yang kini berusia 40 tahun itu mengimbas kenangan setiap kali pulang dari sekolah, dia akan bermain di tepi pantai dengan mencari siput bersama kanak-kanak lain yang ibubapa mereka juga penjaja di situ. Bapanya pula sibuk berniaga.
Menurut Saw, waktu itu tiada perbezaan kaum di antara mereka, kesemua pemilik gerai sangat rapat dan mesra di antara satu sama lain bagaikan sebuah keluarga.

Selain pantai yang indah dan makanan lazat, Gurney Drive juga terkenal dengan pertandingan Perahu Naga Antarabangsa (International Dragon Boat).
Lee Wei Koon, 54, masih ingat bagaimana Pulau Pinang menjadi tuan rumah buat acara ‘triathlon’ tersebut pada 1980-an dan ia dijalankan di Gurney Drive.
“Saya masih ingat bagaimana seorang lelaki dipenuhi lumpuh berenang dari laut menghala ke pantai,” ujarnya tersenyum.
Sambil tertawa Lee berkata, agak memeranjatkan melihat perenang keluar dari laut dengan badan dipenuhi lumpuh.
Tidak seperti ‘triathlon’ tradisional lain, peserta ‘triathlon’ pertama Penang perlu berjalan sepanjang 200 meter di dalam lumpur sebelum sampai ke dalam air kerana waktu itu Gurney Drive adalah berlumpur.
Lee berkata, ‘perlumbaan lumpur’ itu merupakan memori yang tidak dapat dilupakan. Malah, Lee mengakui kenangan di Gurney Drive adalah sangat berkesan dan merupakan sebab yang memberi inspirasi untuk dia memulakan perjalanan dalam sukan ‘triathlon’ di usia 19 tahun.
Selepas menamatkan ‘triathlon’ pertamanya pada 1986, semangat Lee begitu memuncak sehinggalah ‘triathlon’ menjadi sebahagian dari hidupnya.
Dengan bermacam cerita dan kenangan yang masih tersimpan, pengalaman di Gurney Drive akan tetap menjadi memori indah kepada mereka yang pernah melaluinya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]