Misteri 6 anak patung paling menyeramkan di dunia

Misteri 6 anak patung paling menyeramkan di dunia

Anak-anak patung itu terdiri daripada berbagai bentuk dan ada yang dibuat filem menggambarkan kejadian sebenar yang berlaku.

Anak patung sering menjadi mainan kegemaran kanak-kanak namun, ada yang mempunyai mistik tersendiri. (Gambar Rawpixel)

Anak patung merupakan mainan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Ia juga sering dijadikan hadiah apabila meraikan hari jadi atau perayaan.

Namun, terdapat beberapa anak patung di dunia yang cukup menyeramkan. Mengikut dongengan anak-anak patung ini mempunyai kisah mistik yang menyelimutinya.

Dipetik dari The Line Up berikut adalah beberapa boneka yang memiliki kisah mistik dan menyeramkan.

1. Annabelle

Warren memegang anak patung Annabelle yang sebenar. (Gambar warrens.net)

Annabelle merupakan anak patung yang digambarkan sebagai Raggedy Ann. Dalam filem, Annabelle merupakan anak patung yang menyeramkan, padahal ia merupakan anak patung yang comel.

Kisah Annabelle bermula ketika ia diberikan kepada seorang jururawat bernama Donna oleh ibunya pada tahun 1970.

Annabelle akan berpindah-pindah di dalam pangsapuri ketika Donna dan teman sebiliknya Angie, tiada di rumah.

Dia kemudian meninggalkan catatan meminta bantuan. Kemudian dia menyerang teman lelaki Angie.

Apabila Angie menemui darah pada gaun Annabelle, mereka memanggil seorang paranormal terkenal yaitu Ed dan Lorraine Warren.

Lalu kini, Annabelle dimasukan ke dalam kotak kaca bertulis ‘Jangan buka’ (Positively Do Not Open) yang sudah dibacakan doa.

Menurut keterangan, anak patung tersebut telah dirasuk roh seorang gadis bernama Annabelle. Kisah anak patung ini sangat terkenal, sehingga dibuatkan filem.

2. Robert

Anak patung Robert (Gambar Wikipedia)

Anak patung Robert merupakan inspirasi dari anak patung Chucky dalam filem Child’s Play. Ianya dikatakan dibuat oleh sebuah perusahaan mainan Steiff yang terkenal di Jerman.

Ia kemudian diberikan kepada seniman Florida, Robert Eugene “Gene” Otto sebagai hadiah ulang tahun ketika dia masih kecil pada tahun 1904. Boneka itu memakai ‘uniform’ kelasi kapal yang merupakan pakaian Gene sewaktu kecil yang asli.

Versi lain pula mengatakan bahawa anak patung itu adalah hadiah dari pelayan yang mempraktikkan voodoo jahat sebagai balas dendam di atas beberapa kesalahan yang tidak diketahui oleh keluarga.

Kisah tentang keanehan anak patung itu dikatakan boleh mengubah ekspresi dan bergerak-gerak dengan sendiri di dalam rumah.

Terdapat teori mengatakan Gene sendiri melepaskan kekuatan boneka itu dengan menyalahkan kesalahan masa kecilnya pada anak patung seukuran manusia itu.

Dikatakan, Gene sering berbicara dengan Robert. Perkara yang diceritakan kepada Robert, dipercayai menjadi alasan Robert melakukan berbagai perkara yang membuat orang lain menderita.

Kini, Robert ditempatkan di museum di Key West.

3. Elmo

Anak patung Elmo (Gambar Wikipedia)

Elmo, adalah salah satu anak patung yang cukup popular sejak pertama kali didahulu. Siapa sangka, anak patung selucu Elmo memiliki aura mistik. Malah, Elmo terkenal dengan watak dari siri televisyen Sesame Street.

Mainan yang boleh bercakap sendiri ini menjadi laris kali pertama dijual pada 1996. Biasanya apa yang Elmo katakan, adalah melalui hasil rakaman yang dibuat.

Namun, pada 2008, seorang keluarga Bownman, memberikan Elmo kepada anaknya, James.

Elmo diatur untuk menyebutkan beberapa frasa kepada James. Namun, apabila bateri habis dan diganti dengan yang baru, kata yang keluar dari Elmo adalah “Bunuh James”. Ianya menjadikan Elmo begitu menyeramkan.

4. Mandy

Anak patung Mandy (Gambar Facebook)

Mandy merupakan anak patung bayu yang diperbuat daripada porselin. Dikatakan, ia dihasilkan di Eropah pada 1910.

Kisah anak patung ini tidak begitu jelas namun dilaporkan, pemilik anak patung ini sering mendengar Mandy menangis pada waktu malam.

Akhirnya Mandy diberikan ke sebuah muzium. Uniknya, di muzium tersebut Mandy diletakkan di kotak yang terpisah.

Malah, dikatakan kamera pemantau (CCTV) tidak dapat mengambil gambar di kawasan Mandy berada.

5. Letta

Anak patung Letta (Gambar Facebook)
Anak patung Letta (Gambar Facebook)

Letta the Doll, juga dikenali sebagai Letta Me Out. Letta merupakan salah satu anak patung berhantu yang nampak paling menakutkan.

Ia berukuran seorang anak kecil, diperbuat dari kayu dengan rambut manusia asli. Dikatakan ia berumur sekitar 200 tahun.

Pemilik anak patung ini ialah Kerry Walton yang mengatakan dia menemui Letta pada tahun 1970-an apabila masuk ke sebuah rumah kosong di Wagga Wagga, Australia.

Walton kemudian membawa Letta balik ke rumahnya di Queensland.

Tidak lama kemudian, kejadian aneh mula terjadi. Barang-barang di dalam rumahnya bertukar kedudukan, sehinga ternampak kesan seretan di lantai.

Anak-anak Walton juga sering bermimpi buruk. Suatu malam, anak-anak Walton terbangun sambil menjerit mengatakan Letta sedang bercakap dan bergerak sendiri.

Anjing mereka juga menjadi agresif setiap kali berada di dekat dengan anak patung itu.

Sementara para tamu turut mengaku melihat Letta bergerak.

Walton percaya anak patung itu adalah dihantui oleh roh seorang budak lelaki yang tenggelam bertahun-tahun lalu.

6. Charley

Anak patung Charley (Gambar Dok Local Artisan)

Charley pertama kali ditemukan oleh sebuah keluarga di loteng sebuah rumah tua di Victoria bahagian utara New York pada 1968.

Charley dikunci di dalam almari dengan surat kabar yang berasal dari tahun 1930-an dan terdapat secebis kertas yang tertera perkataan ‘Doa Bapa Kami’.

Keluarga tersebut kemudian menyimpan Charley bersama dengan anak patung yang lain.

Setelah itu, muncul pelbagai kejadian aneh terjadi. Posisi Charley sering berubah dengan anak patung lainnya.

Selain itu, puteri bongsu keluarga tersebut mengatakan Charely sering bercakap dengannya pada waktu malam.

Pada awalnya kedua orang tuanya tidak percaya. Namun, apabila terdapat goresan misteri pada tubuh puterinya, keluarga tersebut terus mengunci Charley kembali ke dalam almari yang berada di loteng.

Kini, Charley berada di kedai barang aneh di Beverly, Massachusetts.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.