
Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) berkata, bangkai itu ditemui hari ini di pekarangan Fakulti Perubatan, sambil menambah pihaknya akan membuat laporan polis.
Dalam perkembangan lain, Persatuan Cegah Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA) Selangor, berkata mereka menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa sahaja yang memberi maklumat dapat membantu pihak berkuasa menangkap pelaku.
“Kami menyeru sesiapa sahaja bersama maklumat dipercayai tampil ke hadapan. Bersama, kita boleh memastikan keadilan terhadap haiwan tidak berdosa ini dan mencegah tragedi masa depan,” kata Pengerusi SPCA Selangor Christine Chin dalam kenyataan.
Sebelum ini, dua kucing ditemukan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, pada 12 dan 16 Dis. Penemuan berkenaan membawa kepada tindakan KMUM melaporkan kejadian kepada polis, pada 17 Dis.
Satu lagi aduan dibuat pada 20 Dis ke atas kematian empat kucing di lokasi berbeza di kampus tersebut.
Polis sedang menyiasat insiden dan telah memanggil penyelamat haiwan bebas untuk membantu siasatan selepas Chin mempersoalkan dapatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, berhubung kematian sejumlah kucing itu.
Chin berkata, SPCA Selangor sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa, UM, dan beberapa NGO menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh.
Katanya, sidang media akan diadakan pada 7 Jan bagi mengemukakan lebih perincian dalam kempen tawaran ganjaran, selain tindakan diambil bagi membawa pelaku ke muka pengadilan.
“Walaupun punca kepada kecacatan itu tidak diketahui, insiden berkenaan menekankan keperluan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.
“Sama ada kecederaan angkara perbuatan manusia atau pertembungan haiwan gelandangan, penting bagi menentukan fakta dan melaksanakan langkah pencegahan bahaya selanjutnya,” katanya.
Khamis lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa, berkata tujuh individu diambil keterangan berkait kematian kucing dilaporkan, termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis hak asasi haiwan.