Atlet Sepanyol muncul selepas 500 hari ‘bertapa’ di gua

Atlet Sepanyol muncul selepas 500 hari ‘bertapa’ di gua

Beatriz Flamini, 50, memasuki gua itu pada 21 Nov 2021 dan dipantau dari jauh oleh sepasukan saintis universiti.

Atlet ekstrem Sepanyol Beatriz Flamini, 50, keluar daripada gua yang didiaminya selama 500 hari, dipantau dari jauh oleh saintis. (Gambar AFP)
WASHINGTON:
Seorang atlet ekstrem Sepanyol muncul dari sebuah gua di Grenada selepas 500 hari “bertapa” pada kedalaman 230 kaki di bawah tanah, lapor United Press International (UPI).

Beatriz Flamini, 50, memasuki gua itu pada 21 Nov 2021.

Flamini yang dipantau dari jauh oleh sepasukan saintis dari universiti Almeria, Granada dan Murcia berkata, beliau hilang kiraan hari selepas kira-kira dua bulan dan menyangkakan hanya berada di dalam gua itu antara 160-170 hari daripada matlamat projek 500 hari.

Atlet itu berkata, beliau meluangkan masa dengan membaca, menulis, melukis, bersenam dan mengait sepanjang berada di dalam gua.

“Memang ada momen yang sukar, tetapi ada juga saat yang sangat indah. Saya mengalami kedua-duanya kerana saya memenuhi komitmen saya untuk tinggal di dalam gua selama 500 hari,” kata Flamini pada sidang media.

Flamini membaca 60 buku sepanjang 500 hari berada di dalam gua itu.

Dua kamera mendokumentasikan masanya di bawah tanah untuk dokumentari projek itu.

Tempoh atlet itu berada di dalam gua dipercayai menjadi rekod dunia baharu bagi masa paling lama dihabiskan bersendirian di dalam gua.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.