
Parlimen Montenegro yang mempunyai 81 kerusi mengadakan undi tidak percaya pada Jumaat dan 50 Ahli Parlimen menyokong usul itu, sekali gus menyingkirkan Abazovic.
Usul itu dibentangkan Parti Demokrat Sosialis (DPS) diketuai Presiden Montenegro Milo Dukanovic, lapor Agensi Berita Croatia (HINA).
Barisan Kabinet Abazovic akan meneruskan mentadbir negara di bawah kerajaan sementara menunggu kerajaan baharu dibentuk.
Sejak kali terakhir pilihan raya Parlimen diadakan dua tahun lalu telah menyaksikan dua kali perubahan kerajaan berlaku di Montenegro.
Pada Februari tahun ini, Kabinet diketuai Perdana Menteri Zdravko Krivokapic digulingkan sebelum digantikan dengan kerajaan pimpinan Abazovic, pada April.
Bagaimanapun, pada awal Ogos, Abazovic menandatangani satu perjanjian penting antara Montenegro dan Gereja Ortodoks Serbia (SPC) di Podgorica yang mencetuskan bantahan DPS.
Baru-baru ini, DPS mempertikaikan kesepakatan itu dan mengumumkan bakal menumbangkan kepimpinan Abazovic untuk membolehkan kerajaan baharu membatalkan perjanjian berkenaan.