Sepanyol perkenal subjek khas untuk pelajar lelaki kemas rumah

Sepanyol perkenal subjek khas untuk pelajar lelaki kemas rumah

Mengemas rumah bukan tugas hakiki golongan wanita dan ia sepatutnya dilakukan bersama lelaki di dalam keluarganya.

Ramai yang menganggap kerja-kerja di rumah seperti membasuh baju, mengemas rumah, melipat kain adalah tugas yang wajib dilunaskan golongan wanita.

Namun tanggapan itu salah!

Ini kerana tugas tersebut sebenarnya boleh dilakukan bersama bergantung sama ada lelaki tersebut rajin atau malas sahaja.

Mungkin golongan lelaki nampak remeh, namun ia tidaklah semudah yang disangka.

Berikutan itu, sebuah sekolah di Sepanyol telah memperkenalkan subjek khas bagi mendidik dan mengajar perkara asas seperti mengemas, menjahit, memasak dan menggosok baju.

Tambah pihak sekolah terbabit, subjek asas ekonomi rumahtangga itu dibuat khas untuk pelajar lelaki.

Mereka juga turut didedahkan dengan ilmu pertukangan kayu, batu-bata dan perpaipan.

Mungkin ada yang menganggap kerja-kerja seperti ini boleh diajar oleh ibu bapa sendiri, namun apabila ia ditekankan menjadi subjek khas di sekolah, semua akan memberi pendekatan yang lebih serius ke arah itu.

Subjek ini diharapkan dapat menghasilkan golongan lelaki yang sangat membantu dalam menguruskan kerja-kerja di rumah.

Sumber : Elite Readers

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.