Hati-hati… Bekas untuk memanas dalam ‘mikrowave’ boleh sebabkan barah?

Hati-hati… Bekas untuk memanas dalam ‘mikrowave’ boleh sebabkan barah?

Banyak dakwaan mengenai bahayanya ketuhar gelombang mikro namun tidak tahu sejauh mana kesahihannya.

Terlalu banyak dakwaan mengenai bahayanya ketuhar gelombang mikro yang mungkin anda tahu.

Tetapi anda tidak boleh elak kerana ia di antara keperluan yang “wajib” ada di dapur anda.

Ia bertujuan bagi memanaskan makanan yang disimpan selama beberapa jam supaya masih sedap lagi untuk dimakan.

Namun ada yang menyatakan ketuhar gelombang mikro “menghapuskan” semua khasiat dalam makanan atau berkemungkinan menjadi penyebab penyakit barah.

Sejauh mana kebenarannya?

Ahli akademik dari Universiti Sydney, Canberra dan Victoria menjalankan kajian bagi menentukan sama ada ia selamat digunakan dan dapatannya diterbitkan dalam The Conversion.

Hasilnya mendapati ketuhar gelombang mikro adalah lebih baik daripada merebus dan barbeku!

Ahli akademik mendapati ketuhar gelombang mikro bukan sahaja selamat digunakan, malah ia memasak makanan anda dengan lebih baik berbanding merebus atau barbeku asalkan anda menggunakan bekas yang sesuai.

Lazimnya, ketuhar gelombang mikro dikatakan menjadi penyebab penyakit barah.

Walaupun sesetengah kajian menunjukkan sebahagian daging seperti ayam, boleh mewujudkan pembentukan kompaun yang menyebabkan barah, berbanding dimasak dengan cara menggoreng, barbeku ataupun dibakar, tiada kajian sejauh ini yang menunjukkan kaitan antara kekerapan memakan makanan yang dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro dengan penyakit barah.

Satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati ikan yang dimasak secara barbeku mewujudkan lebih banyak kompaun yang menyebabkan barah berbanding ketuhar gelombang mikro.

Bekas yang digunakan untuk memanaskan makanan juga dipantau kerana terdapat bukti yang menunjukkan adanya bahan-bahan kimia pada plastik yang boleh menyerap ke dalam makanan, sekaligus meningkatkan risiko penyakit barah.

Guna bekas yang sesuai

Bagi menangani masalah ini, para pengguna disarankan menggunakan bekas yang sesuai bagi ketuhar gelombang mikro.

“Satu tinjauan membandingkan sayur-sayuran seperti kobis, lobak, kobis bunga dan bayam yang dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau dikukus dengan cara ‘pressure cooking’,” menurut para pengkaji.

“Ia mendapati yang dimasak dengan cara ‘pressure cooking’ kehilangan lebih banyak serat yang tidak larut (insoluble), yang baik untuk kesihatan perut, berbanding dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau dikukus.”

Sayur-sayuran boleh kehilangan kandungan vitamin C apabila dimasak namun kaedah merebus boleh menyebabkan lebih banyak vitamin yang hilang berbanding yang dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, lapor media antarabangsa.

Sumber: Daily Mail

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.