Tapak pembuatan tembikar zaman Rom dijumpai di Poland

Tapak pembuatan tembikar zaman Rom dijumpai di Poland

Berdasarkan penggalian yang dilakukan di dua ketuhar, mereka percaya kawasan itu digunakan sebagai tempat simpanan makanan seakan bilik makanan.

Antara tinggalan zaman Rom yang ditemui oleh ahli arkeologi di Poland. (Gambar Projek Wrzępia)

Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tapak pembuatan tembikar terbesar dari zaman Rom di Poland termasuk 130 ketuhar dipercayai berusia 1,800 tahun yang digunakan untuk membakar tembikar berkenaan.

Penemuan itu dilakukan oleh penyelidik Institut Arkeologi Universiti Jagiellonian menggunakan alat magnetometer di pinggir Krakow untuk mengesan objek yang tertanam di bawah tanah tanpa perlu menggalinya terlebih dulu.

Berdasarkan penggalian yang dilakukan di dua ketuhar, mereka percaya kawasan itu digunakan sebagai tempat simpanan makanan seakan bilik makanan.

Penemuan tapak pembuatan berkeluasan 12 ekar itu juga menggambarkan bahawa orang Vandal mempunyai sistem ekonomi yang kompleks serta keupayaan dalam bidang pembuatan.

“Penyelidikan menunjukkan hanya tempat penyimpanan dengan ciri unik dihasilkan di sini,” kata seorang ahli arkeologi, Jan Bulas.

Ada beberapa bekas jag dihasilkan setinggi 76 sentimeter (cm) dengan diameter 50 cm yang berkemungkinan digunakan untuk menyimpan makanan.

Menurut Bulas, ia bukan satu-satunya tapak pembuatan tembikar terbesar di Poland tetapi juga salah satu yang terbesar dalam zaman Rom.

Katanya, setakat ini hanya satu tapak terbesar diketahui berada di Eropah selepas ditemui antara 1960 hingga 2010 di Romania membabitkan 200 ketuhar dari abad ke-2 hingga ke-4.

Pada Mac lalu, Bulas mengumumkan penemuan tapak perkuburan lama berusia 5,500 tahun di Dębiany yang jaraknya tidak jauh dari Wrzępia.

Berdasarkan imej satelit, dia bersama seorang lagi ahli arkeologi, Marcin Przybyła melihat garisan berbentuk segi empat yang dikelilingi oleh parit.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.