Ikan Siakap Nyonya, rugi kalau tak cuba

Ikan Siakap Nyonya, rugi kalau tak cuba

Ikan siakap kukus ini bukan hanya menyelerakan tetapi mudah dimasak dan menyihatkan.

Ikan siakap nyonya.

Masuk Syawal keempat dan tentunya ketupat rendang sudah jemu dipandang. Pastinya perut juga inginkan makanan yang sihat.

Apa kata kita cuba makan yang tidak berminyak dan menyihatkan ini.

Jadi, gantung kuali dan keluarkan pengukus kerana hari ini, anda akan sediakan resepi ikan siakap masak Nyonya yang menyelerakan daripada Persatuan Profesional Kulinari Belia Malaysia (YCPA).

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 200g (3 batang serai)
  • 3 biji limau purut
  • 50g (1 inci) halia
  • 150g (5 batang) cili merah
  • 100g (4 biji) bawang merah
  • 100g (6 ulas) bawang putih
  • 200g (1/2 batang) zukini kuning
  • 200g (1/2 batang) zukini hijau
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada sulah

Cara-cara:

  1. Kisar serai, 3 hirisan halia, 3 batang cili merah, bawang merah dan 4 ulas bawang putih hingga hancur.
  2. Masukkan jus limau purut, perasa dengan 1/2 sudu teh garam dan 1/2 sudu besar gula. Jika masih tawar, perasakan menurut citarasa anda.
  3. Hiris baki cili merah, zukini kuning dan hijau. Untuk menghiris zukini, hiris secara memanjang. Ketepikan. Hiris baki bawang putih.
  4. Sapu lada sulah dan garam pada ikan siakap. Perap selama 3 minit.
  5. Tuangkan pes sos nyonya yang disediakan di atas ikan. Masukkan ikan ke dalam pengukus selama 6 minit.
  6. Untuk lengkapkan hidangan, panaskan dua sudu minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan hirisan bawang putih, cili merah, zukini kuning dan hijau. Goreng kilas selama 2 minit dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
  7. Letakkan sayur yang digoreng di tengah-tengah pinggan dan letakkan ikan yang dikukus di tengah.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.