Telur Quiche, resepi ketuhar untuk yang sentiasa sibuk

Telur Quiche, resepi ketuhar untuk yang sentiasa sibuk

Resepi ini hanya menggunakan ketuhar tidak lebih dari 30 minit.

Telur quiche, enak dihidangkan untuk hidangan bersama keluarga. (Gambar wanista.com)

‘Nak masak apa?’ sering menjadi persoalan kepada semua.

Kali ini, kami bawakan resepi ketuhar yang mudah dan cepat terutama untuk mereka yang sentiasa sibuk, samada wanita berkerjaya, pelajar di universiti mahupun suri rumah.

Resepi yang agak western ini hanya menggunakan ketuhar tidak lebih dari 30 minit. Boleh dihidangkan untuk keluarga atau untuk tetamu.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu segar
  • ¼ garam
  • ¼ lada sulah
  • 2 keping roti keras
  • 2 sudu krim keju
  • 50g hirisan daging ayam (dihiris halus)

Cara membuatnya:

  1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam serta lada sulah.
  2. Di samping itu, carikkan roti yang dipilih sehingga menjadi kepingan yang kecil dan masukkan ke dalam bahan tadi bersama krim keju dan gaulkannya.
  3. Selepas itu, tambah hirisan daging ayam tersebut.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut dalam ketuhar dan masakkannya selama 3 minit pada suhu yang tinggi.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.