Jika anda mahu menaiki permainan taman tema di luar negara, anda perlu pastikan ianya benar-benar selamat sebelum menaikinya.

Ini kerana apa jua keputusan yang dibuat mempunyai risiko untuk berlaku apa jua kemalangan.
Seorang individu yang berada berhampiran taman tema Kankaria Adventure Park di Ahmedabad, India telah merakam detik ngeri ini apabila salah sebuah permainan yang sedang beroperasi patah dua dan menyebabkan semua yang menaikinya jatuh terus ke tanah.
Akibat daripada insiden tersebut, 2 pengunjung mati di tempat kejadian dan 27 yang lain cedera.

Kemungkinan besar pihak taman tema berkenaan tidak menjalankan aktiviti selenggara yang baik untuk semua aktiviti permainan mereka.
Kemungkinan besar juga taman tema berkenaan, Kankaria Adventure Park tidak mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.

Jika anda mahu naik permainan yang sebegini di fun fair berdekatan anda, lihat dahulu sama ada ianya selamat atau pun tidak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]