Lebih 800 dilapor keracunan makanan di taman tema

Lebih 800 dilapor keracunan makanan di taman tema

Pihak pengurusan dilaporkan tidak tawar sebarang pampasan kepada kakitangan agensi kerajaan yang anjur hari keluarga di taman tema di Selangor itu.

food poisoning
Beberapa mangsa termasuk kanak-kanak, individu kelainan upaya dan warga emas dilaporkan terpaksa menerima rawatan di hospital kerana dehidrasi dan cirit-birit teruk. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Lebih 800 kakitangan sebuah agensi kerajaan dan ahli keluarga mereka dilaporkan mengalami keracunan makanan semasa acara hari keluarga di sebuah taman tema popular di Selangor.

Portal Scoop melaporkan bahawa ramai peserta mula mengalami simptom seperti cirit-birit dan muntah dalam tempoh sejam selepas menikmati hidangan yang disajikan pada acara yang diadakan pada 4 Okt lalu itu.

Beberapa mangsa termasuk kanak-kanak, individu kelainan upaya (OKU) dan warga emas dilaporkan terpaksa menerima rawatan di hospital kerana dehidrasi dan cirit-birit teruk.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaporkan mengarah dapur taman tema itu ditutup selama dua minggu tetapi membenarkan taman tersebut terus beroperasi.

Bagaimanapun, keputusan jabatan itu dikritik beberapa pihak kerana punca sebenar keracunan makanan itu masih berjalan.

“Sampel makanan diambil untuk ujian dan pengendali makanan terlibat telah disoal siasat, namun tiada sampel air diambil,” kata satu sumber yang dipetik portal itu.

Difahamkan, agensi kerajaan terlibat bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik dan pengurusan taman tema tersebut, dan setakat ini pihak pengurusan belum menghubungi agensi itu untuk menawarkan sebarang pampasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.