
Nasir, bekas timbalan ketua pegawai eksekutif (Pelaburan) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan ahli lembaga pengarah PLUS Malaysia sejak 2013.
Beliau turut menjadi ahli lembaga pengarah Sime Darby Plantation Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd, Yinson Holdings Bhd, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd, PNB-Kwasa International Holding Ltd, PNB-Kwasa International 1 Ltd dan PNB-Kwasa International 2 Ltd.
Nasir berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom pada 1999 serta Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada 1996.
Sementara itu, PLUS turut mengucapkan terima kasih kepada Sheriff yang memimpin PLUS selama 17 tahun dan menyifatkannya “pemimpin berkarisma”.
“Sepanjang waktu itu, Tan Sri Sheriff berjaya mengetuai dan memacu kumpulan PLUS menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi dan kekal sebagai syarikat konsesi lebuh raya terbaik di negara ini dan peringkat antarabangsa,” kata Pengarah Urusannya, Azman Ismail dalam satu kenyataan hari ini.