Tips elak pening kepala selepas anjur rumah terbuka

Tips elak pening kepala selepas anjur rumah terbuka

Keselamatan barangan dekorasi rumah yang telah kita sediakan sejak sebelum raya lagi perlu dijaga dengan baik supaya ia tidak rosak ketika mengadakan rumah terbuka nanti.

Dalam kesibukan kita melayan tetamu, pasti akan ada pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku seperti pasu hiasan pecah, langsir terkoyak atau jatuh dari bidai dan sebagainya.

Dalam isu ini kita tidak seharusnya menunding jari kepada sesiapa kerana mungkin mereka masih kecil atau berlaku secara tidak sengaja.

Jadi 4 tips penting mungkin boleh digunakan untuk anda supaya barang perkakas berada dalam keadaan baik ketika rumah dikunjungi ramai tetamu.

1. Simpan segala peralatan dekor yang sememangnya cantik tetapi berisiko tinggi untuk rosak atau pecah seperti pinggan kaca, pasu bunga, lampu lantai dan lain-lain.

2. Sebaiknya gunakan pinggan, cawan dan sudu plastik.

Ini kerana anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga mencuci, malah memudahkan kerja anda untuk mengemas sebaik sahaja majlis rumah terbuka selesai.

Jika ada pinggan mangkuk plastik putih kelihatan kurang menarik, kini terdapt banyak pinggan mangkuk pakai buang dengan pelbagai warna dan corak yang lebih menarik.

3. Hadkan akses dalam rumah semasa kehadiran tetamu, ini mengelakkan perabot dalam kamar tidur anda turut menjadi “public area”.

Cukup sahaja ruangan majlis anda di sekitar ruang tamu, balkoni, dan kawasan hadapan rumah.

Kalau boleh bahagian dapar juga dihadkan.

Jika tidak, anda jangan pelik jika terdapat bekas makanan tertumpah atas tilam, sisa makanan bawah katil dan sebagainya.

4. Bersihkan kediaman anda secepat mungkin sebaik sahaja rumah terbuka selesai.

Perkara ini penting kerana jika anda terlepas pandang, pasti segala spesis makhluk perosak hadir akan merayap mencari makanan pada waktu malam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.