Bekas timbalan CEO lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah

Bekas timbalan CEO lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah

Hakim Mohamad Anas Mahadzir membuat keputusan itu selepas pasukan pendakwaan memohon Bob Jeffry Bob Fauzi Ziegler dilepas tanpa dibebaskan.

scales of justice gavel
Bob Jeffry Bob Fauzi Ziegler sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM433,557 pada Julai 2002. (Gambar fail)
SHAH ALAM:
Mahkamah Sesyen Shah Alam melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang bekas timbalan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perindustrian atas tiga pertuduhan pecah amanah berjumlah RM433,557 pada Julai 2002.

Hakim Mohamad Anas Mahadzir membuat keputusan itu terhadap Bob Jeffry Bob Fauzi Ziegler selepas pasukan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Saifuddin Rafiee membuat permohonan tersebut.

Permohonan itu dibuat supaya siasatan lanjut dapat dibuat susulan kematian pengadu utama dan saksi penting.

Bob Jeffry diwakili peguam Mohamed Ashmeer Mohamed Ashrof Raja.

Pada 26 Sept 2023, Bob Jeffrey mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah apabila mengemukakan tuntutan palsu bagi memperoleh wang sebanyak RM433,557 untuk kegunaannya.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu tahun hingga 14 tahun bagi setiap pertuduhan.

Dia juga berdepan hukuman sebat dan denda jika didapati bersalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.