RM10.9 juta kos Aidilfitri Madani di 7 negeri

RM10.9 juta kos Aidilfitri Madani di 7 negeri

Fadillah Yusof berkata kos itu lebih cekap berbanding Rumah Terbuka Aidilfitri pada 2022 yang terhad di Lembah Klang sahaja berjumlah RM11 juta.

Putrajaya belanja purata RM1.56 juta di setiap tujuh negeri dianjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan membelanjakan RM10.92 juta bagi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di tujuh negeri tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Fadillah berkata ini bermakna purata dibelanjakan Putrajaya bagi setiap rumah terbuka negeri itu RM1.56 juta.

Katanya, kerajaan berbelanja RM10.05 juta bagi sambutan itu tahun lalu juga di tujuh negeri, menjadikan purata belanja di setiap negeri berkenaan RM1.43 juta.

Fadillah berkata, berbanding dengan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada 2022, pelaksanaannya terhad kepada rakyat sekitar Lembah Klang semata dengan kos lebih tinggi, RM11 juta.

“penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri Madani dilaksanakan secara lebih menyeluruh di pelbagai lokasi seluruh negara bermula 2023.

“Berbanding dengan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada 2022, pelaksanaannya terhad kepada rakyat sekitar Lembah Klang sahaja dengan kos yang lebih tinggi iaitu RM11 juta.”

Beliau berkata, tiada penglibatan kewangan pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam menampung kos penganjuran sambutan tersebut, sambil menyifatkannya sebahagian ‘pelaburan sosial’.

“Majlis ini bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi wadah penting memupuk perpaduan nasional, menyemai semangat keharmonian serta menggalakkan interaksi dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.