
Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata difahamkan kolam takungan air itu pecah kira-kira 5.30 pagi tadi susulan hujan lebat.
Beliau berkata panggilan kecemasan diterima 7.26 pagi tadi, dengan sembilan anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi sejauh 25km.
“Sampai di lokasi, didapati ban kolam takungan pecah dengan anggaran sepanjang 20 kaki dan mengakibatkan berlaku limpahan air di jalan dengan anggaran kedalaman 1 kaki.
“Anggaran 35 rumah dinaiki air setinggi 0.2 kaki dan air mulai surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” katanya dalam kenyataan.
Disember lalu, media melaporkan sebahagian benteng takungan air itu pecah menyebabkan limpahan air menenggelamkan kawasan perumahan berkenaan.