
Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan minggu lalu, pemohon juga mahu Mahkamah Tinggi mengetepikan semua cadangan SPR sehingga perkara ini didengar dan dilupuskan.
Nurul juga mahu SPR untuk menggantung inkuiri yang kini diadakan di Lembah Pantai kerana mereka dinafikan hak untuk didengar.
Pemohon menamakan SPR, pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan setiausaha Datuk Abdul Ghani Salleh sebagai responden.
Nurul berkata persempadanan semula itu bertentangan dengan prinsip asas iaitu “satu orang, satu undi, satu nilai”.
“Tetapi, 59 tahun selepas merdeka, Malaysia menjadi semakin terkenal dengan persempadanan semula, membahagi-bahagikan kerusi yang akan memihak kepada penyandang kerusi,” katanya kepada pemberita.
Ini terbukti semasa Pilihan Raya Umum ke-13 apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 60% daripada 222 kerusi Parlimen dengan hanya 47 undi popular.
“Secara matematik, ini bermakna satu undi BN bernilai 1.6 kali undi bagi Pakatan Rakyat,” katanya.
Pada 15 September, SPR mengiklankan notis dalam akhbar-akhbar utama untuk membahagikan semula sempadan pilihan raya bagi Semenanjung dan Sabah.
Pada masa ini, SPR sedang menjalankan inkuiri bagi menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada Parlimen yang mesti diselesaikan dalam tempoh 24 bulan.
Peguam Nurul ‘Aliff Benjamin Suhaimi berkata kepada pemberita selepas pengurusan kes hari ini yang Hakim Datuk Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar saman itu kerana Hashim (pengerusi SPR) Hashim adalah rakan keluarga yang rapat.
“Beliau tidak mahu orang ramai membincangkan perkara itu dan memutuskan untuk menarik diri,” kata Benjamin.
Beliau berkata mahkamah akan menetapkan satu lagi tarikh pengurusan kes.
Sementara itu, 3 pengundi daripada kerusi Parlimen Setiawangsa di Kuala Lumpur juga memfailkan semakan kehakiman hari ini terhadap SPR kerana keengganan mendengar bantahan daripada konstituen semasa inkuiri.
R Nallina Nair, Azman Abdullah dan Sung Jin Sheng berkata SPR enggan mengadakan siasatan walaupun terdapat 110 pengundi membantah terhadap persempadanan semula.
Di bawah undang-undang, sekurang-kurangnya 100 pengundi perlu mengadu bagi SPR untuk menyiasat masalah mereka.
Pemohon menyatakan pada 11 Oktober, mereka menyerahkan aduan ke pejabat cawangan SPR di Kuala Lumpur.
“Bagaimanapun, seminggu kemudian mereka dimaklumkan bantahan itu diketepikan kerana ia melibatkan kurang 100 pengundi,” kata mereka.
Pemohon mahu mahkamah memerintahkan SPR mengadakan ikuiri.
Kerajaan Selangor dan pengundi Petaling Jaya Utara juga memfailkan tindakan mahkamah terhadap SPR kerana melanggar prinsip undang-undang yang ditubuhkan bagi persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Persempadanan semula agar Umno dapat ‘pak turut’, dakwa Izzah