
PADANG SERAI: Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor memaklumkan pihaknya akan menjawab notis saman fitnah dikemukakan hartawan Vincent Tan dan syarikatnya, Berjaya Land Bhd.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau belum menerima notis tersebut.
“Nanti fail (notis) sampai, benda itu kita jawablah,” katanya ringkas selepas menghadiri ceramah Grand Finale Sembang Santai di Padang Awam Tunku Putra, Kulim.