
HULU LANGAT: Bekas ketua menteri Sabah menyeru pengundi Selangor menyokong Pakatan Harapan-Barisan Nasional pada PRN Sabtu ini, sambil menyatakan peri penting negeri itu “kekal dalam haluan sederhana”.
Salleh Said Keruak berkata, penting juga demi memastikan kerajaan Selangor dengan statusnya sebagai negeri terkaya, sejajar bersama Putrajaya.
“Selangor merupakan gerbang utama ekonomi negara. Jika anda mahu kekal dalam keadaan itu dan manfaat daripadanya, anda perlu kepada orang yang tepat menjadi nakhoda,” katanya kepada FMT.