Boleh tukar kerajaan walaupun ada akta antilompat parti, dakwa Peja

Boleh tukar kerajaan walaupun ada akta antilompat parti, dakwa Peja

Timbalan presiden Bersatu itu ditanya bagaimana menukar kerajaan persekutuan, walaupun jika PN memenangi PRN enam negeri kerana negara kini mempunyai akta antilompat parti.

SEREMBAN:
Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu mendakwa ada pelbagai cara menukar kerajaan persekutuan, walaupun akta antilompat parti sudah dikuatkuasakan.

“Ada proses undang-undang yang boleh diambil untuk tukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri,” katanya dalam Program Jelajah Perikatan Nasional di Rantau malam tadi.

Pengerusi PN Negeri Sembilan itu yang lebih dikenali sebagai Peja berkata demikian ketika ditanya bagaimana kerajaan persekutuan boleh ditukar, walaupun jika PN memenangi PRN enam negeri kerana negara kini mempunyai akta antilompat parti.

LAPORAN PENUH

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.