Peja repot polis dakwaan lulus lesen ladang babi

Peja repot polis dakwaan lulus lesen ladang babi

Laporan dibuat selepas ambil kira ia jelas merujuk kepada dirinya dengan rujukan khusus iaitu bekas menteri besar Perak PN.

Ahmad Faizal Azum
Ahmad Faizal Azumu berkata hantaran itu adalah fitnah berniat jahat yang sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan reputasinya.
PETALING JAYA:
Laporan polis dibuat terhadap akaun Facebook menggunakan nama sebuah parti politik yang didakwa memfitnah bekas menteri besar Ahmad Faizal Azumu berkait kelulusan ladang babi di Perak.

Faizal lebih dikenali Peja yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebooknya.

Katanya, laporan itu dibuat pegawai khasnya selepas mengambil kira hantaran tersebut dengan jelas merujuk kepada dirinya dengan memaparkan gambar dan menulis rujukan secara khusus iaitu bekas benteri besar Perak PN.

“Hantaran ini adalah satu fitnah berniat jahat yang sengaja dilakukan untuk menjatuhkan imej dan reputasi saya.

“Laporan polis ini adalah untuk meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang telah melakukan dan menyebarkan fitnah jahat serta merosakkan imej dan reputasi peribadi saya secara khusus dan kepada PN secara amnya,” kata naib presiden Bersatu.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Idris Ahmad mendesak kerajaan negeri menjawab pendedahan kewujudan ladang babi di Kampung Poh, terletak kurang 5km dari kawasan PRK Ayer Kuning yang menjadi antara punca pencemaran Sungai Bidor.

Idris juga menafikan tawaran calon PN Abd Muhaimin Malek untuk menghapuskan ladang babi haram jika menang PRK Ayer Kuning hari ini gimik pilihan raya untuk meraih sokongan pengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.