
PETALING JAYA: Zuraida Kamaruddin tidak menolak menyertai Gerakan selepas turun padang berkempen untuk presiden parti itu, Dominic Lau yang bertanding kerusi Bayan Lepas.
Katanya, beliau mahu membawa imej lebih terbuka yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.
“Mungkin…ada kemungkinan (masuk Gerakan) saya akan cari platform yang saya sebut akan membawa kepelbagaian bangsa,” katanya menurut Berita Harian selepas sesi tinjauan mesra di Jalan Mahkamah dan Pasar Sungai Ara, Bayan Lepas.