
PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menasihatkan calon-calon parti itu supaya tidak keluarkan sebarang kenyataan, kerana tidak mahu ia jadi bahan kempen parti lawan.
Pesuruhjaya Muhammad Fauzi Yusoff dilapor bimbang ia boleh beri impak negatif kepada Perikatan Nasional, sepanjang tempoh berkempen.
“Biasanya ada isu-isu yang kita tak boleh cakap kepada pihak media, hal yang kita tidak patut cakap, jangan kita cakap,” katanya lapor Utusan Malaysia.