Pengundi tak dibenar mengundi, dakwa identiti dicuri

Pengundi tak dibenar mengundi, dakwa identiti dicuri

Tiga pengundi mendakwa mereka tidak dibenarkan mengundi di pusat undi kerana dikatakan sudah berbuat demikian.

PETALING JAYA:
Seorang lelaki yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang hari ini semata-mata untuk mengundi pada PRN terkejut dan kecewa selepas dimaklumkan beliau “sudah mengundi”.

Lelaki berusia 46 tahun itu tiba di SK Jelutong kira-kira 11.30 pagi untuk mengundi bagi DUN Batu Lanchang, namun diberitahu seseorang sudah mengundi atas namanya, lapor Sin Chew Daily.

Menurut calon PH bagi kerusi itu, Ong Ah Teong, kejadian itu bermakna seseorang mungkin telah mencuri identiti lelaki tersebut dan mengundi dengan MyKad palsu sebelum ini. “Saya gesa (mangsa) buat laporan polis,” kata calon DAP itu.

LAPORAN PENUH

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.