
SIK: Sebuah replika sampan “Perikatan Nasional” turut menjadi tumpuan orang ramai di pusat penamaan calon bagi DUN Jeneri yang ditandingi Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor.
Orang ramai serta penyokong PN yang hadir memberi sokongan di Pejabat Pertanian Daerah Sik itu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama tarikan unik berkenaan.
Di DUN Jeneri, Sanusi bakal ditentang wakil Barisan Nasional (BN), Muhamad Khizri Abu Kassim