
Pelajar sebuah kolej swasta berusia 18 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring di aras lima bangunan berkenaan kira-kira jam 7 pagi tadi, lapor Sinar Harian.
Ketua Polis Nilai Abdul Malik Hasim berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di lokasi kejadian yang kemudiannya menghubungi talian kecemasan.
“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal di kawasan perumahan tersebut bersama seorang rakan senegara,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Katanya, pemeriksaan awal oleh pasukan Forensik IPK Negeri Sembilan mendapati tiada kesan kecederaan yang mencurigakan pada tubuh mangsa, selain pendarahan di bahagian telinga dan ruam pada badan.
Menurutnya, tiada barangan peribadi mangsa dilaporkan hilang di rumah.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.