
PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari bangunan yang menempatkan gelanggang pickleball di Pudu, Kuala Lumpur malam tadi.
Ketua Polis Wangsa Maju Lazim Ismail berkata lelaki berusia 32 tahun itu bermain pickleball di tingkat tiga sebelum bola jatuh di tingkat bawah.
Katanya, lelaki itu kemudiannya memanjat pagar untuk mengambil bola berkenaan tetapi terjatuh dan mati di lokasi kejadian.
Menurutnya, kes itu disiasat sebagai mati mengejut.