
Ketua Polis Petaling Jaya Shamsudin Mamat berkata, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi tadi membenarkan lanjutan reman itu sehingga 28 Okt ini, lapor Berita Harian.
Semalam, Shamsudin berkata pihaknya akan memohon melanjutkan perintah terhadap suspek selepas tempoh remannya berakhir hari ini.
Beliau juga memaklumkan polis sudah merakam keterangan daripada 148 individu dan kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu untuk arahan lanjut.
Dalam kejadian pada 14 Okt lepas, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah itu selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek.
Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar dilaporkan berkata, laporan awal bedah siasat mendapati mangsa maut akibat tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher.