Lelaki disyaki guna 4 MyKad beli lebih 100 liter RON95

Lelaki disyaki guna 4 MyKad beli lebih 100 liter RON95

Suspek ditahan ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tumpat.

RON95
Polis tahan seorang lelaki disyaki guna kad pengenalan milik empat individu untuk beli lebih 100 liter RON95.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki menggunakan kad pengenalan milik empat individu untuk membeli lebih 100 liter petrol RON95.

Suspek ditahan ketika mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Tumpat, Kelantan dan polis menemui empat kad pengenalan milik individu berasingan dalam milikannya.

Kes dirujuk ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Suspek turut disiasat mengikut Akta Pendaftaran Negara.

“Polis akan meneliti peruntukan undang-undang lain yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suspek,” kata Ketua Polis Kelantan, Yusoff Mamat, lapor Berita Harian.

Sementara itu, polis memaklumkan belum ada rakyat Malaysia ditahan ketika cuba membawa masuk diesel dari Thailand.

Menurut BH, harga diesel di Thailand sekitar 38 baht (RM4.82) seliter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.