17 daripada 46 projek lewat dilapor LKAN telah siap, kata KPM

17 daripada 46 projek lewat dilapor LKAN telah siap, kata KPM

Menurut KPM, 19 lagi projek dalam pelbagai status dan 10 projek lagi masih kekal berstatus lewat.

KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) merekodkan jumlah tertinggi projek kritikal tertangguh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
PETALING JAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan 17 daripada 46 projek berstatus lewat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 Siri 3 berjaya disiapkan.

Menurut KPM, 19 lagi projek dalam pelbagai status dan 10 projek lagi masih kekal berstatus lewat.

“(Daripada) 19 projek (itu) tiga projek Dahulu Jadual (DJ), lapan projek Ikut Jadual (IJ), tiga projek Lewat Jadual (LJ) dan lima projek tender semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, KPM merekodkan jumlah tertinggi projek kritikal tertangguh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), menurut LKAN yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

KPM merekodkan 46 daripada 157 projek tertangguh di bawah 18 kementerian sehingga 31 Dis 2024.

Dalam pada itu, KPM berkata jumlah 45 projek pembangunan berstatus lewat itu mewakili 2.3% daripada keseluruhan 2,040 projek di bawah Rolling Plan 4 (RP4) RMK12.

KPM berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi menangani isu itu adalah dengan melakukan pemantauan rapi di tapak dan melalui mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara.

“Sesi libat urus turut diadakan dengan semua pemegang taruh secara berkala termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penyedia utiliti.

“KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan dilaksana dengan baik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan demi manfaat seluruh masyarakat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.