
Mohd Ameerul Asraf Mohd Saipul, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di depan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat Behrang arah selatan Lebuhraya Utara Selatan kira-kira 11 pagi 20 Sept lalu sehingga menyebabkan empat anggota polis cedera.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Izzuddin Fakri Hamdan tidak menawarkan sebarang jaminan selepas mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh, manakala peguam Nur Shaqira Ibrahim memohon jaminan diberikan kerana ia kesalahan yang tidak boleh diikat jamin.
Beliau berkata, anak guamnya penanggung utama keluarga, tiada pendapatan tetap, bekerja sendiri dan mempunyai lima anak berusia dua hingga sembilan tahun.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan serta menetapkan 31 Okt ini sebutan semula kes.