Keputusan representasi kes bunuh Farah Kartini 13 Januari

Keputusan representasi kes bunuh Farah Kartini 13 Januari

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Nadia Othman dalam prosiding sebutan semula kes hari ini.

Muhammad Alif Monjan
Muhammad Alif Monjani sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh keputusan representasi anggota polis Muhammad Alif Monjani terhadap tuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, tahun lalu.

Tarikh itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Nadia Othman dalam prosiding sebutan semula kes hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Nur Aida Md Zainuddin.

Ketika ditemui, Nur Aida berkata, pihaknya memfailkan representasi itu pada 24 Oktober lalu.

“Representasi itu difailkan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

“Sebentar tadi mahkamah tetapkan 13 Januari depan untuk keputusan represantasi yang kita kemukakan pada 24 Oktober lalu,” katanya, menurut Harian Metro.

Alif sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian Nur Farah Kartini, 26, di ladang kelapa sawit SKC Kledang, Hulu Bernam, antara 9 pagi, 10 Julai 2024 hingga 6 petang, 15 Julai tahun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak lebih 40 tahun dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 sebelum mayatnya dijumpai lima hari kemudian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, kira-kira 6 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.