Terpedaya pulangan 200%, warga emas rugi RM125,000

Terpedaya pulangan 200%, warga emas rugi RM125,000

Mangsa tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook pada Mei lalu.

raub selamat
Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, mangsa melakukan 12 transaksi ke enam akaun bank berbeza dari 26 April hingga 11 Julai lepas. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas berputih mata apabila wang simpanannya sebanyak RM125,000 lesap akibat terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan hingga 200%.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat berkata, lelaki tempatan berusia 72 tahun dari Larkin itu dikatakan tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook pada Mei lepas sebelum mendakwa dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan Telegram.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai pemandu pelancong itu kemudiannya berhubung dengan pengendali kumpulan itu selepas menekan pautan iklan tersebut.

“Mangsa diminta memasukkan wang ke dalam beberapa akaun bank dan perlu menunggu sebulan untuk mendapat keuntungan yang dijanjikan.

“Namun, mangsa hanya menerima RM100 dan masih diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungannya,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Raub berkata, mangsa melakukan 12 transaksi ke enam akaun bank berbeza dari 26 April hingga 11 Julai lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.