
Sanusi bakal berdepan Ahmad Samsuri Mokhtar, Idris Ahmad dan Amar Abdullah yang akan pertahan kedudukan masing-masing.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PAS, Wan Rohimi Wan Daud, dalam kenyataan malam tadi, mengandungi senarai calon yang layak untuk pemilihan.
“Setelah meneliti dan mempertimbangkan pencalonan-pencalonan yang dikemukakan oleh PAS-PAS kawasan dan dewan-dewan (sayap) kawasan, adalah dengan ini memperakukan bahawa calon-calon berikut melepasi syarat dan kelayakan pencalonan selaras dengan peraturan,” katanya.
Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS pernah menolak pencalonan jawatan sama pada pemilihan terdahulu.
Dalam pada itu, senarai menyatakan terdapat calon tunggal bagi jawatan jawatan presiden dan timbalannya, tanpa menamakan calon berkenaan. Jawatan presiden ketika ini disandang Hadi Awang, dengan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku timbalan.
PAS akan mengadakan pemilihan kepimpinan dalam muktamar yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 16 September depan di Kedah.
Dalam pada itu, pertandingan diumumkan bagi jawatan ketua Dewan Ulama, di mana Ahmad Yahya dicabar Speaker DUN Terengganu, Mohd Nor Hamzah.
Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden akan berdepan cabaran Mohamed Sukri Omar, manakala tiada pertandingan diumumkan bagi ketua Wanita, memandangkan hanya calon tunggal.
Pemilihan AJK Dewan Pemuda, Dewan Ulamak dan Dewan Muslimat Negeri pada 5 Julai hingga 20 Julai.
Menyertai jawatankuasa kerja pusat PAS juga dijangka menarik, melibatkan 38 calon termasuk Annuar Musa dan Shahidan Kassim, serta Nik Abduh Nik Aziz. Berikut senarai calon:
1. Ab Halim Tamuri
2. Ahmad Amzad Hashim @ Mohamad
3. Ahmad Fadhli Shaari
4. Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi
5. Ahmad Marzuk Shaari
6. Ahmad Yunus Hairi
7. Aliakbar Gulasan
8. Annuar Musa
9. Awang Hashim
10. Azman Ibrahim
11. Bakri Jamaluddin
12. Haim Hilman Abdullah
13. Halimah Ali
14. Iskandar Abdul Samad
15. Kamaruzzaman Mohamad
16. Khiril Nizam Khirudin
17. Misbahul Munir Masduki
18. Mohd Fadzli Hassan
19. Mohd Mazri Yahya
20. Mohd Nassuruddin Daud
21. Mohd Sukri Ramli
22. Mohd Syahir Che Sulaiman
23. Mohd Yusni Mat Piah
24. Mohd Zuhdi Marzuki
25. Muhammad Khalil Abdul Hadi
26. Muhammad Sanusi Md Nor
27. Mumtaz Mohd Nawi
28. Najihatussalehah Ahmad
29. Nasrudin Hassan
30. Nik Mohammad Abduh Nik Abdul Aziz
31. Nik Muhammad Zawawi Salleh
32. Razman Zakaria
33. Riduan Mohd Nor
34. Rosni Adam
35. Shahidan Kassim
36. Siti Zailah Mohamad Yusof
37. Takiyuddin Hassan
38. Zulkifli Ismail